Tuesday, July 26, 2011

Allah saja yang tahu terbaik untuk hambanya...

Seminggu dua ni aku busy menolong orang...aku pun xtahu sama ada aku kuat ke x...Aku tolong orang yang mengandung anak luar nikah...tuhan saja tahu betapa sedihnya aku...aku yang bertahun menanti cahaya mata...tapi insan lain pula senang je dapat anak...xnikah lagi tuh...Tapi demi anak yang xbersalah tuh...aku tolong juga bawak mak dia g check up. Menggigil aku dalam bilik doktor apabila first time g check up tuh...terkejut gilerr 33 minggu dah mengandung tapi xpernah g check up langsung. Kesian betul baby tuh...xdapat nutrisi langsung...
Tapi kesudahan untuk baby tuh insya-Allah baik...mak dia tetap nak jaga...

Aku balik kampung setelah berbulan xbalik...ok la...umi abah sihat and for the first time, umi banyak bercerita ttg aku xdapat anak...bukan memaksa aku ngan hadi tapi memberi sokongan tapi aku tetap terasa....sedih...

So far, life ok...happy ngan suami..keje bertimbun kat office and balik lambat tiap2 hari...but..syukur Alhamdulillah...

Thursday, June 23, 2011

Apakah perasaan ini satu kesalahan?

Aku diuji..bersalahkah aku? Namun perasaan ini amat senang dan menggembirakan aku...Tapi aku masih sedar dan berfikir secara waras siapakah aku dan insya-Allah aku akan berhati2 dan diberi kekuatan. Hahaha...tapi perasaan ini memberikan aku kekuatan dan gembira untuk datang bekerja. Teringat kata2 farah...penyeri di ofis...xkan dapat disentuh tapi sebagai semangat untuk datang bekerja...

Wednesday, June 15, 2011

Siapakah saya?

dah lama bercita-cita untuk ada blog dan menulis tentang hidup aku..bukan untuk berkongsi dengan semua orang tetapi sekadar meluah rasa dan menjadi bukti sejarah hidup aku..

Aku dah berkahwin hampir 4 tahun tahun ini..namun masih berdua.
Namun begitu, aku bersyukur aku mempunyai suami yang penyayang dan keluarga yang menyokong.

Dari segi kerjaya, aku dan suami mempunyai kerjaya yang sangat stabil...
Alhamdulillah...aku sangat bersyukur kami dimurahkan rezeki dari segi keselesaan rumah, kereta, pakai dan makan...

Bagaimanapun kami diuji dari segi rezeki untuk mendapatkan anak...Allah Maha Adil...diberikan lebih di tempat lain, ditarik pula di tempat lain..Aku yakin akan itu...

Above all, cita-cita dan impian bagi seorang isteri tidaklah banyak hanya mencari kasih sayang dan kesetiaan suami tercinta dan aku menjadi terbaik kepada buat suami juga.

Bengkel Audit Perjawatan

Seminggu kat Grand Season buat report.hahaha....makan sedap.bertambah tembam la nampaknya....tapi masalahnya sekarang,keje ni bila nak siap?adakah audit ni akan sia2?cepatla....

Monday, May 30, 2011

Tabahkanlah aku, ya Allah....

Air mata jatuh lagi...rasanya petanda akan mendung sepanjang hari ini sudah ada waktu bangun tido lagi.....
Akhirnya,tumpah juga...berita aziah pregnant bagaikan batu jatuh di kepala ku...aku sepatutnya happy and I'm happy for her tapi aku xmampu nak bendung juga perasaan sedih aku....tiada siapa yang akan faham...aku orang terakhir yang dapat tahu...aku faham mereka tak mahu sedih tapi aku lagi sedih bila dapat tahu aku yang terakhir...tidak layakkah aku untuk berkongsi berita gembira ini?
Aku mohon kuatkanlah dan tabahkanlah hati ini...insya-Allah,sinar untuk aku akan muncul juga suatu hari nanti...aku tidak boleh berputus asa.